Perlukan Perkhidmatan Bina Rumah Dengan Kos Yang Terbaik?

Kami Bina Rumah Impian Anda

Bina rumah atas tanah sendiri merupakan salah satu proses pemilikan rumah yang sinonim dengan penduduk di Batu Pahat. D & H Home merupakan kontraktor pembinaan rumah berpengalaman selama 15 tahun dan beroperasi di negeri Johor. Ditubuhkan pada tahun 2008, D & H Focus telah menyiapkan pembinaan rumah banglo dan semi-d melebihi 100 unit tanpa sebarang rekod terbengkalai. Pembinaan rumah dijalankan melalui konsep “Bina Rumah Impian” mengikut citarasa dan bajet pelanggan. Pelanggan boleh bina rumah atas tanah sendiri atau pelanggan boleh memilih tapak-tapak lot banglo yang dimiliki syarikat melalui pakej pembinaan banglo kami.

Selain daripada pembinaan rumah, khidmat syarikat turut membabitkan urusan lengkap pembinaan rumah termasuk perkhidmatan melukis pelan, urusan kelulusan pembinaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan urusan loan pinjaman sama ada melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman perumahan bank swasta.

Tiada Tanah Sendiri? Tapi Tak Nak Beli Rumah Taman?

Ramai orang yang mengimpikan rumah idaman mereka, namun terkekang dengan pelbagai masalah yang sukar dihadapi seperti lokasi tanah untuk mereka membina rumah adalah terhad dan memakan proses yang menyusahkan. Pada masa kini tedapat beberapa alternatif lain untuk pembelian rumah seperti rumah flat, rumah taman, kondominium dan sebagainya.

Namun begitu, rumah-rumah jenis begini memiliki beberapa kekurangan yang mana tidak digemari oleh pelanggan. Kebiasaannya keluasan Kawasan parkir dan laman adalah isu yang sering dibangkitkan keika membeli rumah taman, flat, kondo dan sebagainya.

Jelas dapat dilihat bahawa pembinaan rumah diatas tanah sendiri memberi lebih banyak kelebihan dan kepuasan kepada pelanggan. Dengan membina rumah di atas tanah sendiri, pelanggan dapat mengatasi masalah kekurangan ruang malah dapat mengubah suai rekaan rumah megikut cita rasa mereka sendiri.

Kami dari D&H Home menawarkan pelbagai pakej rumah beserta tanah kepada pelanggan kami. Bukan sahaja urusan pembelian tanah diuruskan oleh kami, malah pelanggan juga diberi kebebasan untuk memilih rekaan kami atau mereka sendiri rumah idaman mereka. Sudah tentu pihak kami akan memberi beberapa pilihan rekaan sebagai rujukan untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Pelanggan juga boleh mengubah suai rekaan yang kami berikan. Segala bentuk penambahan atau pengurangan akan dikenal pasti dan dikira Kembali Ketika proses sebut harga.

Tidak cukup dengan itu, pihak kami juga akan menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan pinjaman sama ada daripada pinajaman kerajaan (LPPSA), pihak bank, dan juga akaun kedua KWSP sehingga selesai secara percuma. Urusan pinjaman termasuk pnjaman keatas tanah dan juga rumah.

Ingin Membesarkan atau Ubahsuai Rumah Sediada?

Rumah merupakan asset yang semakin menigkat dari masa ke semasa. Namun begitu, rekaan dan design rumah tersebut hendaklah mengikut trend semasa. Rumah yang tidak mengikut alur pergerakan masa ini sudah tentu kelihatan tidak menarik dan membosankan.

Jadi pengubahsuaian terhadap rumah adalah salah satu cara yang terbaik bagi mengikut trend rumah terkini. Hal ini adalah kerana untuk membina sebuah lagi rumah baharu akan membelanjakan kos yang sangat tinggi dan memakan waktu.

Kami dari D&H Home juga ada menawarkan pakej atau khidmat untuk merubah suai rumah anda. Segala pengubah suaian adalah bergantung kepada selera pelanggan namun kami juga akan memberi panduan kepada pelanggan agar pilihan mereka sesuai dengan bajet yang mereka miliki.

Sekiranya pihak pelanggan ingin kami mereka kembali untuk pengubahsuaian, kami juga berbesar hati untuk melakukannya. Hal ini adalah kerana kami sangat komited dalam memuaskan hati pelanggan.

Perlukan Perkhidmatan Lukis Pelan?

Pelan rumah merupakan bahagian yang paling penting dalam pembinaan sesebuah rumah. Namum begitu, ramai orang yang tidak mahu membuat pelan dan jika ingin mengupah pelukis pelan akan dikenakan caj yang agak mahal.

Jangan risau kerana kami dari D&H Home akan menyediakan segala jenis pelan yang akan digunakan dalam projek yang kami jalankan. Jika anda tidak ingin membina rumah dengan kami, pihak kami juga menawarkan khidmat melukis pelan dengan harga yang berpatutan mengikut budi bicara antara pihak kami dan juga pelanggan.

Bosan Dengan Hiasan Dalaman Sekarang?

Bukan sekadar rekaan rumah yang perlu kelihatan cantik, bahagian dalam rumah juga perlu diperhatikan. Rekaan dalaman yang menarik akan menaikkan lagi seri dan keindahan rumah tersebut. Selain daripada membina rumah, kami juga menawarkan kepada pelanggan kami untuk khidmat hiasan dalaman.

Hiasan dalaman yang menarik, moden dan terkini sangat penting. Dengan itu, kami memiliki designer yang mampu memberikan rekaan dan konsep yang sangat menarik untuk dipilih oleh pihak pelanggan. Seperti biasa, pihak pelanggan juga boleh membuat penambahan atau perubahan keatas design kami supaya mampu memuaskan hati mereka. Kami di D&H Home sangat komited untuk memuaskan hati semua pelanggan kami dengan kemampuan yang kami miliki. Berikut adalah sebahagian reka bentuk dalaman yang diminta oleh pelanggan kami:

Ruang Tamu

Bilik Tidur Utama

Ruang Dapur

Rakan Niaga Kami

Berikut adalah senarai rakan niaga kami dalam memacu pembangunan rumah kami untuk tahap optimum.

Dibangunkan Oleh

D&H Home dibangunkan dengan kerjasama yang efektif dan sistematik bersama berikut

Dapatkan Sebutharga Hari Ini

Anda boleh ajukan soalan kepada kami, tak kira berkenaan harga, rekabentuk, tempoh atau apa juga yang melibatkan pembangunan rumah idaman anda.